Friday, May 17, 2013

I Quit!


Assalamualaikum..Hai..Fizah rasa sudah tiba masanya Fizah mengundurkan diri daripada bidang ini. Bukan senang nak lupakan apa yang kita sayang, namun semuanya telah berakhir dan ianya suatu kesudahan yang memeritkan untuk Fizah kenang kembali. Akhirnya, inilah keputusan yang Fizah ambil. Prinsip Fizah, pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak, aku lagi tak ingin. 


Ada beberapa perkara yang berlaku pada diri Fizah yang membuatkan hati ini sangat terluka. Bagi mengelakkan parut yang sedang mengering berdarah kembali, Fizah membuat keputusan untuk menghindarkan diri darinya. Biarlah segala kenangan kita simpan bersama, maaf kupohon andai ada silap dan salah. Selepas ini, hanya foto kenangan menjadi tatapan. Selamat tinggal, wahai Dunia Felt ku.. :(