Saturday, March 14, 2015

Pencil Case Tutorial ^____^


Assalamualaikum..

Berikut ialah tutorial langkah menjahit bekas pensel. Enjoy the pictures! :)


Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. Kain tebal 9" X 5" : 2 keping (Ukuran terpulang kepada anda)
2. Zip YKK 8" : 1 unit
3. Gunting
4. Benang
5. Kain Felt untuk huruf.
6. Hot Glue Gun
7. Mesin Jahit (Tiada dalam gambar)

Hot Glue Gun


Bahan wajib, gunting kain. Gunting ini khusus untuk memotong kain, jika digunakan untuk menggunting kertas, kelak tidak tajam lagi untuk memotong fabrik anda. 


Saya sarankan agar anda menjahit tepi dahulu bahagian atas kain yang akan dicantumkan dengan zip supaya tiada benang yang terjurai keluar apabila zip digerakkan. 


Letakkan zip pada bahagian atas kain, pastikan kedudukan zip adalah di tengah. Pinkan dengan menggunakan peniti untuk memastikan zip tidak beralih apabila proses menjahit dimulakan. Anda juga boleh menjahit zip dengan kain menggunakan jahitan jelujur bagi menggantikan fungsi peniti. 


Tentukan basi jahitan yang anda inginkan. Saya menggunakan jahitan tepi sebagai panduan untuk meletakkan zip. 


Mulakan jahitan dengan mematikan hujung benang supaya jahitan lebih kukuh. Anda boleh menggunakan 'tapak zip' untuk menjahit zip dengan lebih mudah. Di sini, saya hanya menggunakan tapak jahitan biasa. Terpulang kepada keselesaan anda.


Beginilah hasilnya apabila anda selesai menjahit sebelah bahagian zip. 

Ambil kepingan kain yang kedua dan letakkan bahagian luar kain menghadap zip.


Pastikan zip diletakkan pada kedudukan yang sama dengan sebelah bahagian zip pada kepingan kain pertama.


Pinkan dengan menggunakan peniti.


Close-up


Tadaa!!!! Dah siap kita jahit zip. ^_^

-------------------------------

Buka bahagian hadapan zip yang telah siap dijahit. Gunakan wang syiling untuk menggosok kain supaya rata. 


Tindih kain pada hadapan zip dengan jahitan mesin. Langkah ini bertujuan untuk memastikan kain pada zip adalah tetap dan tidak bergerak memasuki zip. 


Hasilnya!!! Abaikan jahitan yang senget itu. Almaklumlah...mesin lama...hehe ;)


Lipat 2 keping kain tadi, dan samakan bahagian hujungnya. 


..... seperti ini....


Pastikan anda membuka zip sebelum menjahit.


Jahit bentuk segi empat mengelilingi kain, seperti dalam gambar. Mulakan jahitan pada salah satu bahagian atas berdekatan dengan zip. 


Hasilnya....


Nampak tak basi jahitan yang agak besar itu? Kemaskan bahagian tepi dengan menggunakan mesin jahit tepi. Mesin saya mempunyai pisau, jadi basi yang tidak diingini akan terus dipotong secara automatik ketika proses menjahit tepi. Jika mesin jahit tepi anda adalah bersifat menggulung, potong terlebih dahulu basi yang ingin dibuang. 


Dah siap!!! Lebih kemas kan? ^___^


Close up


Close up lagi...


 Gunakan pembaris jahitan untuk mengukur. Ukur 1" bermula dari bucu jahitan hingga ke bawah. Kita akan menjahit bahagian bucu dalam bekas pensel ini untuk menampakkannya seperti mempunyai bahagian dasar. 


Tandakan juga untuk bahagian sebelah. Kiri dan kanan kain.


Lipat kain seperti dalam gambar. Saya menggunakan jahitan yang menyambungkan dua keping kain itu untuk memastikan kedua-dua bucu adalah selari. Pinkan supaya tidak bergerak. Lukis satu garisan melintang pada tanda 1" yang telah diukur tadi.


Jahit melintang bucu mengikut garisan. Ulangi jahitan sebanyak 3 kali untuk jahitan yang kukuh.


Setelah siap, hasil jahitan anda akan menjadi seperti ini... :) Perhatikan bahagian bucu yang telah dijahit.. sama atau tidak? Jika tidak, tetas semula jahitan dan cuba lagi sehingga berjaya.


Terbalikkan kain supaya bahagian bercorak adalah di luar.


Tolak bahagian dalam bucu dengan menggunakan tangan supaya lebih kemas.


Bekas pensel anda telah siap!!! Tahniah... :)
-
-
-
Sekarang, kita akan membuat nama sebagai hiasan. Bahan yang diperlukan ialah :

1. Kain Felt warna pink, hitam, kuning dan biru.
2. Hot Glue Gun
3. Gunting kecil


Gunting kain felt untuk membentuk huruf yang diingini. Anda boleh print huruf mengikut saiz dan font yang disukai pada sehelai kertas a4 tebal (120gsm) dan potong setiap huruf itu. Kemudian, lukis huruf pada kain menggunakan Tracing Pencil atau Air Erasable Marker.

Saya menggunakan mesin pemotong huruf berjenama "Sizzix Big Shot Machine-Powder Blue and Teal" untuk memotong huruf. Font bagi huruf ialah Lolipop Shadow Uppercase. Semuanya boleh dibeli di website Sus....sangat mudah dan memang cantik... ^_^


Gamkan setiap huruf dengan menggunakan hot glue gun dan tampalkan huruf pada kepingan kain felt hitam. 



Gunakan gunting kecil untuk memudahkan kita menggunting pada sudut yang sukar. Gunting felt hitam mengelilingi bentuk huruf. Saya galakkan supaya menggunting bahagian luar huruf sahaja tanpa memisahkan setiap huruf supaya apabila kita hendak menampal nanti, biarlah sebagai satu perkataan yang lengkap. 


Hati-hati ya, gunting ini sangat tajam. 


Okey, dah siap pun gunting!!! Lenguhnya jari! -_-


Tampalkan nama pada bekas pensel. Anda boleh menampal mengikut susunan yang disukai... senget boleh, tegak boleh...saya suka tampal secara tegak sahaja... :)


Done!!! D.I.Y pencil case for your dearest!!! ^___^


Pandangan bahagian dalam.


Pandangan sisi.





Pandangan hadapan.
-
-
-
-
-

Selamat mencuba semua!!! ^_^

Leave your comment,please.